Sejarah Kami
MOTOSIKALISME
Ditubuhkan pada 14 April 2022, MOTOSIKALISME merupakan platform media yang memberi fokus kepada dunia motosikal dan sukan permotoran dua roda, merangkumi perkembangan industri, teknologi, produk, pengalaman tunggangan serta berita perlumbaan di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Bermula sebagai sebuah komuniti media sosial melalui MOTOSIKALISME Facebook Group, platform ini kemudiannya berkembang ke saluran YouTube dengan penghasilan kandungan video seperti Jejak Juara dan Tech Talk. Menjelang penghujung 2022, MOTOSIKALISME memperluaskan kandungan kepada ulasan motosikal dan pengenalan kepada segmen ikonik Endurance Ride Vlog, selain menghasilkan mini dokumentari serta liputan sukan permotoran.
Liputan MOTOSIKALISME merangkumi kejohanan seperti Malaysia Superbike Championship (MSBK), Asia Road Racing Championship (ARRC), Malaysia Speed Festival (MSF) dan Malaysian Cub Prix Championship, termasuk profil pasukan, perlumbaan dan kisah di sebalik dunia motorsport.
Dengan menggabungkan maklumat industri, pengalaman dunia sebenar dan pandangan dari sudut yang berbeza, MOTOSIKALISME komited menyediakan kandungan motosikal yang informatif, terperinci dan mudah diakses, sambil melaporkan perkembangan terkini industri motosikal serta sukan permotoran dua roda.
Perjalanan Kami
-
2025
Pelbagai Pandu Uji
Kami mengakhiri tahun 2025 dengan pandu uji dengan jumlah perbatuan sebanyak 32,469 km dengan menggunakan 27 buah motosikal dalam segmen Ujian Praktikaliti dan Endurance Ride.
-
2024
Pelbagai Pandu Uji
Pada penghujung 2024, jarak keseluruhan ujian merangkumi 14,887 km bersama 21 buah motosikal yang telah diuji dalam segmen ujian Praktikal dan Endurance Ride
-
2023
Pelbagai Pandu Uji
Menjelang penghujung 2023, kami telah berjaya mencapai ujian keseluruhan 14,851 km bersama 22 buah motosikal dalam ujian Praktikal dan Endurance Ride.
-
2022
Pelbagai Pandu Uji
Menjelang akhir Disember 2022, kami secara rasminya mula membuat ulasan motosikal secara menyeluruh.
-
2025 (March)
Mforce Media Trip (China)
Kami berpeluang untuk melawat Kilang Zongshen, Loncin (Voge), X-Wedge & Bilik Pameran Kamax di Chongqing, China pada 4 Mac - 8 Mac 2025.
-
2025 (April)
Mforce Media Trip (Taiwan)
Kami berpeluang untuk melawat Kilang SYM di Taiwan pada 17 April - 19 April 2025.
-
2025 (Nov)
Mforce Media Trip ( China )
Kami berpeluang untuk melawat kilang CFMOTO, QJMOTOR, BENDA, dan ARIIC pada 15 November - 21 November 2025 di Hangzhou & Taizhou, China.
Pasukan Kami
-
HABIBUL RAHMAN
Pengasas
Pengasas Media Motosikalisme. Mempunyai pengalaman menunggang selama 30 tahun dan disokong oleh pengalaman beribu-ribu kilometer jarak perbatuan dalam Sesi Tunggang Uji (Test Ride) serta Tunggangan Ketahanan (Endurance Ride) melibatkan pelbagai jenama dan jenis motosikal.
-
MUHD REDZUAN RAMESH
Editor dan PR
Penyunting dan (PR) untuk Motosikalisme. Berpengalaman menunggang motosikal selama lebih 20 tahun.Berpengalaman dalam penganjuran dan perhimpunan 2 roda dan perlumbaan seperti OMR Suzuki dengan Kerjasama Kejuaraan Motul Tahun 2024.
Hubungi Kami
Anda ada berita menarik?
Anda ingin berkongsi maklumat dan berita? Sila email kepada kami : editor@motosikalisme.com
Ulasan Pandu Uji dan Kelengkapan
Pemilik Jenama dan Pegawai Hubungan Awam (PR) mencari pengulas dan konten sila hubungi kami di : editor@motosikalisme.com
