LEXIN Malaysia Lancar Tiga Interkom Bluetooth Baharu
LEXIN Malaysia secara rasmi telah memperkenalkan tiga barisan interkom Bluetooth motosikal baharu iaitu LEXIN Zen One, LEXIN G2 EVO, dan LEXIN MTX Trico. Pelancaran besar-besaran ini telah berlangsung menerusi acara LEXIN Mega Launch x Soon Heng Bikers Gathering di Laman To’ki, Bentong, Pahang pada 14 November 2026.
Acara gilang-gemilang ini telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LEXIN, Jacky Hong, Pengurus Jualan Mohamad Zam Roji, dan Pengurus Pemasaran Aizat Shaha, di hadapan wakil media, pempengaruh kandungan digital, pengedar sah, serta komuniti penunggang dari seluruh Malaysia.
Menjadikan Komunikasi Berkualiti Sebahagian Daripada Setiap Tunggangan
Bagi kebanyakan penunggang di Malaysia, telefon pintar adalah alat penting untuk navigasi GPS, menerima panggilan penting daripada pelanggan mahupun keluarga, serta memastikan kumpulan sentiasa berhubung di atas jalan raya. Penggunaan interkom Bluetooth topi keledar membolehkan penunggang mengawal panggilan, mengikuti arah GPS, berbual dalam kumpulan, dan mendengar muzik tanpa perlu memegang telefon bimbit—memastikan tangan kekal pada hendal dan pandangan fokus di atas jalan.
Menerusi pelancaran barisan produk ini, LEXIN komited untuk menjadikan teknologi Bluetooth sebagai kemudahan standard untuk setiap penunggang, bukan lagi satu produk mewah yang sukar dimiliki.
Barisan Produk Baharu dan Spesifikasi Utama
1. LEXIN Zen One (Harga Runcit Disyorkan: RM98)
Direka khas untuk penunggang harian serta abang-abang p-hailing (penghantar makanan) yang menghabiskan sebahagian besar masa di atas jalan raya.
- Ciri Utama: Dilengkapi sistem pembatalan hingar DSP dan CVC, pembesar suara 40mm yang kekal jelas pada kelajuan sehingga 150 km/h, serta ketahanan bateri sehingga 25 jam.
- Fungsionaliti: Sokongan penuh untuk Siri dan S-Voice dengan badan kalis air (water-resistant).
- Pilihan Warna: Hitam, Oren, Biru, Hijau, dan Merah Jambu.

2. LEXIN G2 EVO (Harga Runcit Disyorkan: RM258 Sepaket / RM498 Pakej Berkembar)
Tampil untuk penunggang yang mahukan lebih banyak fungsi dan prestasi lanjutan.
- Ciri Utama: Dikuasakan oleh Bluetooth 5.4 dengan sistem audio ganda (dual Bluetooth multi-audio), pembesar suara HD 40mm, pembatalan hingar, serta jarak interkom sehingga 1,200 meter.
- Bateri & Pengecasan: Bateri 1,000mAh menawarkan masa penggunaan muzik/panggilan sehingga 30 jam (atau 15 jam muzik berserta interkom), dilengkapi pengecasan pantas USB-C serta penutup muka luar yang boleh ditukar ganti (changeable shell).
- Pilihan Warna: Hitam, Hijau, Merah, dan Biru.

3. LEXIN MTX Trico (Harga Runcit Disyorkan: RM498)
Direka khusus untuk aktiviti konvoi dan tunggangan berkumpulan (group riding).
- Ciri Utama: Menggunakan teknologi Mesh 3.0 merentasi 10 saluran, persidangan mesh sehingga 24 penunggang, interkom Bluetooth 2-penunggang, serta jarak liputan sehingga 2,000 meter.
- Audio & Binaan: Dilengkapi pembesar suara premium 43mm LEXIN Pulse, perkongsian muzik, pembatalan hingar, pengecasan pantas USB-C, dan reka bentuk kalis air.

Kepakaran Global Disokong Jaminan Tempatan Menyeluruh
LEXIN mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang audio dan komunikasi Bluetooth, disokong oleh lebih 10 pakar R&D dalaman serta lebih 100 paten antarabangsa. Dipasarkan di 11 negara dengan lebih 3 juta unit terjual di seluruh dunia, produk LEXIN diiktiraf mengikut piawaian antarabangsa CE, FCC, IC, KC, dan MCMC.
Menurut CEO LEXIN, Jacky Hong:
“Penunggang di Malaysia menghabiskan masa yang lama di atas jalan raya, sama ada untuk bekerja atau atas dasar minat. Menerusi barisan baharu ini, setiap penunggang boleh terus berhubung dengan komunikasi yang jelas dan kualiti audio terbaik pada harga yang berpatutan, disokong oleh khidmat selepas jualan di Malaysia.”
Jaminan Ketenangan Minda: Waranti 2 Tahun & Tukar 1-dengan-1
Menjawab isu sokongan selepas jualan, LEXIN Malaysia menawarkan pakej jaminan terkemuka di pasaran. Setiap pembelian interkom LEXIN dilengkapi waranti produk selama 2 tahun, waranti bateri selama 3 tahun, serta dasar penggantian 1 kepada 1 untuk sebarang kecacatan pengilang di mana-mana pengedar sah LEXIN hanya dengan mengemukakan resit pembelian.
Pengurus Pemasaran LEXIN, Aizat Shaha turut menambah:
“Khidmat selepas jualan adalah perkara paling penting bagi kami. Jika penunggang menghadapi masalah, mereka boleh terus hadir ke mana-mana pengedar sah kami untuk mendapatkan unit penggantian. Kami melihat diri kami sebagai sebahagian daripada komuniti bikers, bukan sekadar jenama berniaga.”
Kemeriahan Majlis & Ketersediaan Produk
Acara pelancaran mega ini turut diserikan dengan sokongan Penaja Utama Soon Heng Bikers serta rakan strategik acara termasuk GIVI Helmet, MotorWorld, PJ Wah, RC Big Bike Rental, DJI Malaysia, dan OUD’s GLOW, di samping perkongsian pengalaman pengembaraan bersama tetamu jemputan khas, Anita Yusof.
Kesemua model LEXIN Zen One, G2 EVO, dan MTX Trico kini sudah boleh didapati di semua pengedar sah LEXIN di seluruh negara. Untuk sebarang pertanyaan lanjut atau urusan pembelian, pelanggan boleh menghubungi talian khidmat pelanggan WhatsApp LEXIN di nombor +6016-670 2329 atau +6017-950 4817. Dapatkan unit anda sekarang dan nikmati perbezaannya di jalan raya!





















