MotoGP Sepang 2026 Akan Menjadi Penentu Penting.
Sepang, 29 Oktober 2026 – Perebutan juara dunia MotoGP 2026 dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu kedudukan pendahulu Kejuaraan, Perlumbaan yang telah dibatalkan dan kecederaan seorang pencabar utama (Jorge Martin). Dengan berbaki hanya tiga pusingan sahaja lagi, pertarungan antara Marc Márquez, Jorge Martín dan Marco Bezzecchi akan semakin sengit di Malaysia nanti.
Kedudukan Kejuaraan Terkini
Márquez sedang mendahului dengan 365 mata, di hadapan Martín dari Aprilia dengan 355 mata dan rakan sepasukannya Bezzecchi dengan 315 mata. Pedro Acosta di tempat keempat dengan 263 mata, tetapi jauh ketinggalan lebih 100 mata. Hakikatnya, ini adalah pertarungan tiga pelumba.
| Kedudukan | Pelumba | Pasukan | Mata | Beza dengan pendahulu |
|---|---|---|---|---|
| 1 | Marc Márquez | Ducati Lenovo | 365 | – |
| 2 | Jorge Martín | Aprilia Racing | 355 | -10 |
| 3 | Marco Bezzecchi | Aprilia Racing | 315 | -50 |
| 4 | Pedro Acosta | Red Bull KTM | 263 | -102 |
Musim Penuh Pasang Surut
Kemenangan Márquez dalam perlumbaan sprint di Phillip Island telah menghasilkan pertembungan sengit pendahulu kejuaraan tahun ini.Awal musim 2026, Bezzecchi pernah mendahului, dan pada satu ketika Márquez, juara bertahan, ketinggalan 85 mata ketika pulih daripada kecederaan. Beliau kemudian dapat merapatkan jurang itu, termasuk dengan kemenangan berganda di Jepun.
Aprilia telah menjadi pencabar utama sepanjang tahun. Di Mandalika, Bezzecchi menang buat kali pertama sejak Mugello apabila pengeluar dari Noale itu menguasai empat tempat teratas.
Phillip Island: Hujung Minggu Yang Sedikit Berubah, Namun Penting
Di Australia, Martín terjatuh ketika bertarung dengan Márquez untuk menang dalam sprint dan mengalami kecederaan patah pergelangan kanan, lalu tidak dapat beraksi dalam Grand Prix. Hujan lebat dan jarak penglihatan yang rendah yang kemudiannya telah menyebabkan perlumbaan pada hari Ahad dibatalkan. Bagi Martín, itu merupakan satu kelegaan tidak dijangka: Márquez berpeluang melebarkan kelebihannya sehingga 35 mata sekiranya perlumbaan diteruskan. Namun sebaliknya, walaupun jurang kejuaraan kekal sepuluh mata, tahap kecergasan Martín kini menjadi persoalan terbesar dalam perebutan gelaran.
Sepang: Gelanggang Sendiri Buat Peminat Malaysia
MotoGP kini beralih ke Litar Antarabangsa Sepang untuk Grand Prix Malaysia dari 30 Oktober hingga 1 November. Setiap hujung minggu menawarkan maksimum 37 mata (12 untuk sprint, 25 untuk perlumbaan utama), dan pengiraannya mudah:

- Martín perlu mengumpul 11 mata lebih daripada Márquez dalam baki pusingan untuk merampas pendahulu kejuaraan. Perbezaan sepuluh mata akan menyamakan kedudukan, dan keputusan ditentukan melalui kiraan semula keputusan.
- Dengan defisit 50 mata Bezzecchi, beliau memerlukan keajaiban walaupun menang segalanya di Sepang.
- Jika Martín tidak dapat beraksi di Malaysia dan Márquez menyapu bersih hujung minggu itu, jurang mata boleh meningkat kepada 47 mata.
Cuaca juga menjadi cabaran sejak kebelakangan ini. Selepas insiden Phillip Island, Márquez menyatakan keadaan di Sepang mungkin akan menyukarkan lagi keadaan.
Persoalan Qatar
Pusingan Grand Prix Qatar di Lusail pada 6 hingga 8 November, sedang dilanda ketidakpastian. Kebimbangan berhubung konflik ketenteraan di Timur Tengah telah menimbulkan spekulasi bahawa perlumbaan itu mungkin akan dibatalkan, dimana pusingan asal tersebut telah pun ditangguhkan daripada tarikh asal pada penghujung Mac.
Sesetengah penunggang tidak ingin mengulas pandangan mereka terhadap isu ini, manakala yang lain, termasuk Pedro Acosta, berkata mereka akan mematuhi keputusan Penganjur. Penganjur MotoGP menegaskan keselamatan kekal sebagai keutamaan dan akan menyediakan pelan tindak bersama pasukan serta sekiranya keadaan berubah dalam masa singkat.
Pembatalan lewat tanpa penggantian akan menghapuskan 37 mata daripada jadual, dan mengurangkan mata maksimum yang tersedia daripada 148 kepada 111. Dengan beza hanya sepuluh mata, situasi itu menguntungkan pelumba yang berada di puncak carta, kerana pencabar akan mempunyai cabaran pada hujung minggu untuk mengejar mata pendahulu kejuaraan.
Perkara Yang Perlu Diperhatikan
- Kecergasan Martín: sama ada beliau boleh menunggang di Sepang, dan pada tahap bagaimana.
- Konsistensi Márquez: beliau menang besar di Jepun dan sprint Australia, namun mata pendahuluan masih tipis.
- Bezzecchi sebagai penentu atau pencabar: keputusannya boleh mengurangkan mata mana-mana pesaing, atau membawanya kembali ke dalam perebutan mata.
- Kejuaraan pengeluar: Aprilia mendahului Ducati hanya dengan enam mata, 509 berbanding 503.
Tinjauan
Dengan jurang sepuluh mata, dan kemungkinan isu kecederaan bagi pencabar utama dan juga tanda tanya terhadap pusingan di Qatar, kejuaraan 2026 mungkin ditentukan oleh keadaan yang sengit. Peminat MotoGP Malaysia akan pasti akan menyaksikan persaingan sengit kejuaraan pada hujung minggu ini.
Kedudukan adalah tepat setakat 29 Oktober 2026, sebelum Grand Prix Malaysia.
